Friday, September 23, 2011

Diana Amir Pakai Tudung Kerana Mimpi Kiamat


Diana Amir yang kini memakai tudung telah memberitahu Mstar Online yang dia mula memakai tudung setelah berkali-kali mimpi kiamat sejak kebelakangan ini. Takut dengan mimpinya, dia mula mendapatkan nasihat dari kawan-kawannya, termasuk rakan selebriti seperti Wardina dan Irma Hasmie dan dia mula memakai tudung Isnin lalu.
“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat. Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini.”

Katanya lagi:
“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya.”

Diana turut memberitahu dia hanya akan menerima watak-watak lakonan dengan sesuai dengan imejnya sekarang. tahniah diucapkan. 

kredit to : beautifulnara

Thursday, September 22, 2011

Mamat Sepah Mengaku Salah Dedahkan Rambut Fida

Akhirnya Mamat Sepah mengakui yang punca penyebaran gambar Fida di bawah ialah silapnya. Gambar di bawah diambil semasa dia, Fida dan beberapa orang rakan sedang pergi bercuti ke sebuah destinasi. Menurutnya, semasa gambar tersebut diambil, dia tidak perasan sebahagian rambut kekasihnya itu terdedah kerana tidak memakai cermin mata ketika itu.

Kata Mamat Sepah kepada Mstar:-
Saya mengakui itu adalah salah saya tetapi sejujurnya saya tidak berniat untuk mengaibkan nama baik Fida pada mata masyarakat. Dia adalah seorang gadis yang baik. Semasa kejadian Fida di dalam kereta dan secara spontan saya mengambil gambar tersebut tanpa menyedari sebahagian rambutnya terdedah tambahan pula saya tidak memakai cermin mata. Tanpa berfikir panjang saya terus memuat naik gambar tersebut di laman Facebook milik saya. Saya sangat berharap perkara ini tidak melarat kerana takut orang akan mengatakan saya telah mengubah Fida melakukan perkara tidak baik sejak berkawan dengan saya.

Harap-harap Mamat dan Fida selepas ini lebih berhati-hati dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Tapi macam tak logik je alasan si mamat ni erk ? takkan dengan jarak dekat macam tu pon bagi alasan rabun kot. siap pakai spec mata hitam lagi. pelik sungguh ! biasa la artis kan, mesti mahu cover maaa ;p


Foto Pre Wedding Norman Hakim and Memey Suhaiza

Norman Hakim dan Memey Suhaiza akan melangsungkan perkahwinan di kampung Memey di FELDA Tenggaroh, Johor 24 September ini dan majlis resepsi berlangsung di Crowne Plaza Mutiara di Kuala Lumpur pada 28 September. Iezla Bridal House telah mempamer gambar-gambar dari sesi foto pra-perkahwinan mereka.










harap-harap nanti majlis berjalan dengan lancar dan pasangan ini bahagia bahagia hingga ke anak cucu. aminnnnn.......


kredit to : beautifulnara

Khairul Fahmi Che Mat Jiwang Di Twitternya

Khairul Fahmi Che Mat atau Apex telah membuktikan petang semalam yang dia tidak terganggu dengan kontroversi yang melanda dirinya dengan menampilkan persembahan cemerlang dalam perlawanan menentang Jepun. 
Tengok sahaja kenyataan di twitternya untuk orang yang tersayang yang telah memberinya semangat..Agaknya KFCM ni lebih suka awek yang mempunyai ciri ciri pakar motivasi erk ? ini diantara twitter-twitternya untuk si manis jelita "dahlia teck"
Begitulah luahan hati Apex, persembahan cemerlang Apex diakui oleh beliau sendiri adalah kerana motivasi dari orang yang disayanginya.

Lagi tweets agung untuk Dalia dari Apex kredit juliez (sudah dipadam oleh Apex):

sama-sama la kite mendoakan kebahagiaan buat apex and kekasih hatinya dahlia..harap-harap pisang tak berbuah dua kali..ye tak ? :p